Thursday, April 3, 2014

PM umum ASB2

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dua insentif kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) diurus oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dengan saiz 10 bilion unit.

Katanya, insentif itu untuk menggalakkan penyertaan orang ramai dalam ASB2 dengan peruntukan RM10 juta diberikan kepada PNB.

“Pelabur yang mendaftar sebagai pemegang unit ASB2 bermula semalam sehingga 31 Disember 2014, 10 unit ASB2 percuma akan dikreditkan ke akaun pemegang unit, tertakluk kepada unit-unit masih ada.

“Manakala, orang ramai hadir dan mendaftar sebagai pemegang unit ASB 2 hari ini (semalam) diberi baucar RM50 bagi tujuan pembelian unit-unit ASB 2,” katanya ketika Pelancaran ASB2 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, ASB2 disasarkan kepada Bumiputera terutamanya golongan muda antara 19 tahun hingga 34 tahun dengan dua akaun iaitu Akaun Bijak dan Akaun Dewasa kepada pelabur Bumiputera seawal umur enam bulan.
“Saya harap produk ini akan beri persediaan supaya jadi pelabur bijak,” katanya.

ASB2 adalah dana berharga tetap RM1 seunit dengan saiz dana 10 bilion unit ditawarkan kepada Bumiputera dengan jumlah pelaburan permulaan dan juga pelaburan tambahan minimum adalah 10 unit.

Bagi memastikan lebih ramai Bumiputera menyertai nya, had langganan maksimum ditetapkan pada 50,000 unit bagi setiap pemegang Akaun Bijak dan 200,000 unit bagi setiap pemegang Akaun Dewasa yang boleh dilanggan bermula semalam.

Petikan : Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment